Apa Maksud Media Sosial

Apa Maksud Media Sosial?

Apa Maksud Media Sosial? Media Sosial menjadi sebahagian dari kehidupan seharian kita di alaf digital ni. Sesetengah orang akan mengatakan ianya sangat penting untuk mereka, dan setengah lagi mungkin tidak peduli pun!

Bagi aku, tak penting pun media sosial ni. Aku sendiri tak pernah ada akaun media sosial. Maklumlah, aku jenis introvert and secretive person. Rasa macam tak perlu nak share with the public mengenai kehidupan aku ni.

Sebelum era media sosial berkembang, aku memang blogger yang tegar. Dulu aku suka menulis di blog aku yang bernama amdtaufik.com. Blog ni was established pada tahun 2004 dan telah ditamatkan pada tahun 2013. Sebab? tak sempat nak menulis, tersibuk plak dengan macam-macam project as IT Support dan IT Freelancer.

Hampir 10 tahun berblog dengan menggunakan nama pena.

Apakah Media Sosial?

Medial sosia ada satu platform digital. Ia membolehkan untuk kita, sebagai penguna media sosial berinteraksi, berkomunikasi serta berkongsi kandungan dan maklumat antara satu sama lain secara atas talian.

Antara jenis kandungan yang kita boleh kongsikan dalam media sosial adalah penulisan kita sendiri, teks, juga gambar-gambar (imej) dan sekrang ni video sebagai perkongsian yg lebih popular.

Berikut beberapa platform media sosial yang popular di Malaysia ini:

  • TikTok
  • Instagram
  • Facebook
  • Twitter – kini lebih dikenali dengan X
  • Linkedin – lebih kepada platforom professional dan kerjaya

Dengan media sosial, pilhan adalah ditangan anda samada untuk membenarkan orang ramai mengenali anda atau hanya tertutup kepada rakan-rakan terdekat dan ahli keluarga sahaja.

Perbezaan Blog Dengan Media Sosial

Ada beza ke dua ni?

Sebenarnya, kalau kita tengok konsep. Blog dan media sosial ada satu benda sama. Blog juga merupakan satu platform digital yang membolehkan kita berinteraksi, berkomunikasi serta berkongsi kandungan dan maklumat antara satu sama lain secara atas talian.

Cuma, blog ini selalunya lebih kepada penulisan. Mereka yang suka mencurahkan rasa hati melalui penulisan merekan akan memilih platform blog.

Berikut adalah beberapa platform blogging yang masih popular di Malaysia ini.

  • WordPress
  • Blogspot (Blogger)
  • Tumblr
  • Squarespace
  • Weebly

Kesimpulan: Apa Maksud Media Sosial

Bila aku start buat blog website ini – taufikghazali.my, aku dah start ada beberapa media sosial aku sendiri. Thanks to my mentor yang terus memastikan aku ada media sosial sendiri.

Berikut media sosial aku …

TikTok

Instagram

Facebook

Strava

Blog website ini adalah website aku sendiri, tidak terikat dengan mana-mana platform medial social atau blog.

Ianya lebih mudah, sebab aku ada kebebasan untuk membuat apa yg aku mahu!

Jika anda ingin tahu macam mana nak buat blog website anda sendiri boleh hubungi saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top