Buat Website Dengan Mudah

Buat Website Dengan Mudah

Jom saya tunjukkan macam mana nak Buat Website Dengan Mudah. Dah sedia nak buat Website atau laman web anda sendiri?

Buat Website sebenarnya mudah sahaja. Tak perlu pun tahu programming language. Dah boleh tolak tepi JavaScript, Java, C++, HTML, CSS, PHP, Python, Ruby …. dan macam macam lagi lah.

Memang mudah buat website ni. Pakai mouse aje, drag and drop. Klik sini sikit, klik sana sikit dah siap.

Elemen Penting Untuk Buat Website Dengan Mudah

Ada tiga elemen penting yang kita perlu tahu untuk memulakan project Website dengan mudah.

Berikut adalah tiga elemen penting

  1. Platform atau Web builder
  2. Domain Name
  3. Webhosting

Platform atau Web Builder

Platform atau Web Builder ini adalah satu platform digital yang memudahkan pengguna untuk membina dan mengelola website tanpa perlu mengetahui tentang programming language.

Beberapa platform atau web builder yang selalu digunakan adalah

  • WordPress
  • Google Site
  • Blogspot (blogger)
  • Squarespace
  • Weebly

Dengan platform ini, anda boleh membina website anda sendiri dengan mengunakan mouse sahaja.

Domain Name

Aku yakin, ramai yang tahu apa itu Domain Name, betul?

Contoh domain name adalah seperti blog website ini sendiri taufikghazali.com atau yang lebih popular seperti maybank2u.com.my ataupun ptptn.gov.my

Perhatikan domain name ini ada perbezaan seperti .com, .com.my dan .gov.my. Untuk mengetahuai lebih lanjut mengenai, baca post Website Domain Name.

Pilih domain name yang sesuai, mudah dibaca dan dieja serta tidak menlanggar undang undang and terma dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh domain name provider.

Webhosting

Secara mudahnya, Webhosting adalah tempat untuk anda meyimpan file-file seperti, imej, video dan text yang anda akan hasilakan untuk Website anda.

Ini jugak aku dah tuliskan secara teperinci dalam post Website Webhosting. Kat sini saya akan syorkan beberapa Webhosting yang saya sendiri mengunakannya.

Secara peribadi, saya lebih suka mengunakan Webhosting dari Malaysia, sebab fokus saya memang khas untuk orang-orang Malaysia.

Kesimpulan: Buat Website Dengan Mudah

Dulu, time aku belajar, nak buat website sini memang mencabar dan remeh!

Sekarang, dengan berpandukan tiga elemen penting ini sangat mudah untuk buat website anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top