Panduan Lengkap Google Search Console: Apa Itu, Cara Setup, dan Cara Penggunaannya!
Google Search Console (GSC) adalah satu platform dan perkhidmatan percuma daripada Google yang membantu pemilik laman web memahami bagaimana laman web mereka dipaparkan dalam hasil carian Google. Ia juga menyediakan data penting untuk meningkatkan prestasi SEO laman web anda.
Apa Itu Google Search Console?
Google Search Console ialah platform yang membolehkan anda:
- Memantau prestasi laman web – Anda boleh melihat jumlah klik, impresi, kadar klik (CTR), dan kedudukan laman web anda dalam enjin carian.
- Mengesan masalah teknikal – Contohnya, pautan rosak, masalah pengindeksan, atau isu “mobile friendly”.
- Mengoptimumkan kandungan – Anda boleh mengenal pasti kata kunci yang membawa trafik dan menambah baik strategi SEO anda.
- Menghantar sitemap – Untuk membantu Google memahami struktur laman web anda.
Cara Setup Google Search Console
Ikuti langkah-langkah mudah ini untuk mula menggunakan Google Search Console:
1. Pergi ke Laman Google Search Console
Layari Google Search Console.
2. Tambah Laman Web Anda
- Klik “Start Now”.
- Masukkan URL laman web anda. Pilih Domain atau URL Prefix:
- Domain: Untuk menguruskan semua versi laman web (dengan atau tanpa www, HTTP, atau HTTPS).
- URL Prefix: Untuk menguruskan satu versi tertentu.
Pilih URL Prefix untuk cara yang lebih mudah. Tetapi astikan anda mempunyai akses kepada “File Manager” atau “FTP services” laman web anda.

3. Sahkan Pemilikan Laman Web
Google perlu memastikan anda adalah pemilik laman web tersebut. Pilih salah satu kaedah yang tertera dibawah.
Saya akan mengunakan HTML File – dengan cara ini, saya hanya perlu memuat turun file HTML yand diberikan oleg Google, kemudian memuat naik ke dalam laman web anda.
Kemudian terus klik “Verify”.

Anda berjaya apabila dapat notifikasi seperti ini …

Berikut adalah penerangan option yang lain …
- HTML File – Muat turun fail HTML dan muat naik ke root folder laman web anda.
- HTML Tag– Masukkan tag meta yang diberikan ke dalam bahagian
<head>laman web anda. - Google Analytics – Gunakan akaun Google Analytics yang telah disambungkan ke laman web anda.
- Domain Name Provider – Tambah rekod TXT pada penyedia domain anda (seperti Namecheap, GoDaddy, dsb.).
4. Hantar Peta Laman (Sitemap)
Seterusnya pastikan anda menghantar Sitemap laman web anda. Ianya sangat penting kerana Sitemap ialah fail yang mengandungi senarai semua halaman yang terdapat dalam sesebuah laman web.
Ia berfungsi sebagai panduan untuk enjin carian seperti Google dan Bing supaya dapat mengindeks laman web dengan lebih baik.
Dengan adanya sitemap, enjin carian dapat memahami struktur laman web dan memastikan semua halaman penting diindeks dengan betul.
- Pergi ke menu “Sitemaps”.
- Masukkan URL peta laman anda (contoh:
https://domainanda.com/sitemap.xml). - Klik “Submit”.
Cara Menggunakan Google Search Console
Setelah selesai setup, anda boleh mula menggunakan Google Search Console untuk meningkatkan prestasi laman web anda:
1. Analisis Prestasi
- Pergi ke tab “Performance”.
- Lihat data seperti:
- Jumlah klik.
- Jumlah impresi.
- CTR (Click-Through Rate).
- Kedudukan purata.
- Fokus pada kata kunci yang memberi trafik tinggi dan optimalkan kandungan anda.
2. Periksa Masalah Indeks
- Pergi ke tab “Index” > “Pages”.
- Periksa halaman mana yang tidak diindeks dan sebabnya.
- Baiki isu seperti halaman 404 atau tag noindex.
3. Memantau Keselamatan dan Manual Actions
- Tab “Security & Manual Actions” memberi amaran jika terdapat isu keselamatan seperti malware atau tindakan manual dari Google.
4. Optimumkan Pengalaman Mudah Alih
- Pergi ke tab “Experience” > “Mobile Usability”.
- Lihat jika ada masalah seperti teks terlalu kecil atau elemen interaktif terlalu rapat.
5. Gunakan Data untuk SEO
- Analisis kata kunci yang membawa trafik dan buat strategi kandungan berdasarkan data tersebut.
- Gunakan tab “Links” untuk melihat pautan luaran dan dalaman yang paling banyak.
Kesimpulan
Google Search Console ialah alat yang sangat berguna untuk semua pemilik laman web, tidak kira besar atau kecil. Dengan mempelajari cara menggunakannya, anda boleh:
- Meningkatkan trafik laman web.
- Memastikan laman web mesra pengguna dan mesra enjin carian.
- Mengoptimumkan kandungan berdasarkan data sebenar.
Mulakan sekarang dan pastikan laman web anda mencapai potensi penuh dalam hasil carian Google!
Contoh diatas adalah mengunakan laman web Tech Care. Semoga Panduan Lengkap Google Search Console membantu anda.