Guna Google PageSpeed Insights Tingkatkan Kelajuan Web. Google PageSpeed Insights adalah alat yang sangat berguna untuk mengukur kelajuan dan prestasi sesebuah website.
Dengan menggunakan alat ini, pemilik laman web atau website dapat mengenal pasti kawasan yang memerlukan penambahbaikan untuk memastikan pengguna mendapatkan pengalaman yang lebih baik semasa melayari laman web tersebut.
Alat ini mengukur kelajuan laman web serta memberikan petunjuk dan cadangan mengenai cara untuk memperbaiki serta mempercepatkan laman web dan website!
Cara Kerja Google PageSpeed Insights
Apabila anda memasukkan URL laman web ke dalam Google PageSpeed Insights, alat ini akan menjalankan ujian prestasi di atas dua faktor utama: mobile (peranti mudah alih) dan desktop (komputer).
Ujian ini berdasarkan data yang dikumpul dari Crux (Chrome User Experience Report) dan juga pengujian dari Lighthouse, satu alat audit sumber terbuka yang digunakan oleh Google untuk menilai prestasi laman web.
Bagi setiap ujian, alat ini akan memberikan skor prestasi (dalam bentuk angka antara 0 hingga 100) dan memberikan cadangan-cadangan untuk meningkatkan prestasi laman web.
Skor Prestasi
Skor ini dibahagikan kepada tiga kategori:
- 0–49 (Lemah): Prestasi laman web perlahan, dan banyak perubahan perlu dibuat.
- 50–89 (Memadai): Prestasi laman web boleh diterima tetapi perlu penambahbaikan untuk memberikan pengalaman yang lebih baik.
- 90–100 (Baik): Prestasi laman web sangat baik dan memenuhi piawaian Google.
Analisis Untuk techcare.my
Sebagai contoh, saya akan tunjukkan screenshot analisis untuk laman web techcare.my seperti dibawah. Mari kita lihat kedua-dua versi untuk mobile dan desktop.
1. Mobile Performance
Skor prestasi untuk mobile bagi techcare.my adalah 57/100. Ini menunjukkan bahawa laman web ini agak perlahan di peranti mudah alih dan memerlukan beberapa pembaikan. Beberapa faktor yang mempengaruhi prestasi di sini termasuk:

- First Contentful Paint (FCP): 4.4s – Masa yang diambil untuk memaparkan kandungan pertama di skrin pengguna. Ia perlahan dan perlu diperbaiki.
- Largest Contentful Paint (LCP): 5.4s – Masa untuk elemen terbesar di halaman (seperti imej utama atau tajuk) dimuatkan. Metrik ini penting kerana ia menunjukkan kebolehlihatan kandungan utama. Juga perlu diperbaiki!
- Cumulative Layout Shift (CLS): 0.2 – Kestabilan visual yang baik tetapi boleh diperbaiki untuk mengurangkan pergerakan elemen semasa laman dimuat.
- Total Blocking Time (TBT): 90ms – Masa yang diambil oleh skrip untuk menghalang halaman daripada menjadi interaktif sepenuhnya. Semakin rendah nilai ini, semakin baik.
Cadangan Pembaikan:
Google PageSpeed Insight akan memberi candangan untuk anda menambah baik laman web anda. Ini adalah beberapa cadangan yang telah diberikan.
- Mengurangkan saiz imej untuk mempercepatkan pemuatan.
- Meminimumkan skrip dan mengoptimumkan kod JavaScript untuk mengurangkan masa beban.
2. Desktop Performance
Skor untuk desktop adalah 84/100, yang menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada versi mudah alih tetapi masih perlu penambahbaikan. Beberapa metrik yang penting adalah:

- FCP: 0.7s – Masa paparan kandungan pertama agak cepat pada desktop.
- LCP: 0.9s – Kandungan utama dimuat dengan lebih pantas berbanding versi mudah alih.
- CLS: 0.2 – Kestabilan visual yang hampir sempurna.
- TBT: 20ms – Waktu halangan lebih rendah berbanding dengan versi mudah alih.
Cadangan Pembaikan:
- Memperbaiki render laman untuk memastikan kandungan dimuatkan lebih cepat.
- Mengoptimalkan sumber seperti CSS dan JavaScript untuk mengurangkan pemuatan yang tidak perlu.
Penjelasan Mengikut Metrik
Beberapa metrik utama yang digunakan oleh PageSpeed Insights termasuk:
- First Contentful Paint (FCP): Masa yang diambil untuk kandungan pertama dipaparkan pada skrin pengguna. Makin cepat FCP, semakin baik pengalaman pengguna.
- Largest Contentful Paint (LCP): Ini mengukur masa yang diambil untuk elemen terbesar di halaman (seperti gambar atau tajuk utama) dipaparkan. Masa yang lebih cepat menunjukkan bahawa halaman lebih cepat memuatkan.
- Cumulative Layout Shift (CLS): Metrik ini mengukur kestabilan visual laman web. Halaman yang sering berubah susunannya semasa dimuat boleh menyebabkan pengalaman pengguna yang buruk.
- Total Blocking Time (TBT): Mengukur berapa lama skrip atau elemen lain menghalang halaman daripada menjadi interaktif sepenuhnya.
Kesimpulan Guna Google PageSpeed Insights Tingkatkan Kelajuan Web
Google PageSpeed Insights adalah alat yang penting untuk memantau dan meningkatkan prestasi website dan laman web. Dengan memeriksa hasil analisis, kita dapat mengetahui apa yang perlu diperbaiki untuk meningkatkan kelajuan dan pengalaman pengguna. Guna Google PageSpeed Insights Tingkatkan Kelajuan Web.
Untuk techcare.my sendiri, terdapat beberapa kawasan yang saya akan perbaiki, terutamanya berkaitan dengan saiz imej dan kod JavaScript, untuk meningkatkan kelajuan dan skor prestasi, terutamanya pada peranti mudah alih.
Layari Google PageSpeed Inisght untuk menganalisa website dan laman web anda!