Tiga Perkara asas untuk memulakan Laman Web anda yang perlu diketahui untuk memulakan pembinaan laman web!
1. Nama Domain dan Hosting
Nama domain adalah alamat laman web anda, manakala hosting adalah tempat di mana semua fail laman web disimpan.
Kedua-duanya perlu dipilih dengan betul untuk memastikan laman web anda mudah diakses dan berfungsi dengan baik dan pada kos yang optimum!
Langkah-langkah:
- Pemilihan Nama Domain:
- Gunakan nama yang mudah diingati dan mencerminkan jenama atau tujuan laman web anda.
- Elakkan nama yang terlalu panjang atau rumit.
- Gunakan domain dengan akhiran seperti
.com,.my, atau.netbergantung kepada keperluan dan lokasi.
- Mendaftar Nama Domain:
- Gunakan penyedia domain yang dipercayai seperti Exabytes, Yeahost, GoDaddy atau Namecheap. Untuk bantuan teknikal yang lebih baik pilihlah local provider!
- Pemilihan Hosting:
- Pilih jenis hosting yang sesuai (Shared, VPS, atau Cloud Hosting) bergantung pada bajet dan keperluan laman web anda.
- Pastikan hosting mempunyai sokongan teknikal yang baik dan jaminan uptime sekurang-kurangnya 99%.
- Cadangan: local provider – Exabytes Malaysia, Yeahost, JimatHosting atau SiteGround dan Bluehost.
Saya sendiri akan memilih local provider untuk mendaftar domain name dan hosting. Lebih-lebih lagi apabila kita mengunakan domain name dengan akhiran .my.
Dengan local provider, anda pasti akan mendpat sokongan teknikal yang lebih baik dan lebih mudah!
2. Reka Bentuk dan Pengalaman Pengguna (User Experience – UX)
Laman web yang direka dengan baik akan meningkatkan pengalaman pengguna dan membantu menarik serta mengekalkan pengunjung.
Anda tidak perlu risau tentang coding, cuma pilih sahaja templat-templat yang sesuai, berkesan dan minimalis.
Langkah-langkah:
- Susun Atur yang Bersih dan Mudah:
- Gunakan reka bentuk yang minimalis dan elakkan elemen yang terlalu berserabut.
- Pastikan navigasi laman mudah digunakan dan semua pautan berfungsi.
- Responsif untuk Pelbagai Peranti:
- Pastikan laman web boleh dilihat dengan baik di telefon pintar, tablet, dan desktop.
- Gunakan tema atau templat responsif jika menggunakan platform seperti WordPress.
- Kelajuan Laman Web:
- Gunakan imej yang dioptimumkan dan saiz fail yang kecil untuk mempercepatkan pemuatan laman.
- Aktifkan caching dan gunakan rangkaian penghantaran kandungan (CDN) seperti Cloudflare untuk prestasi lebih baik.
3. CONTENT – Kandungan yang Berkualiti dan Perancangan Halaman
Content atau Isi Kandungan adalah nadi utama laman web. Kandungan yang jelas, bermaklumat, dan menarik akan membantu menyampaikan mesej anda kepada pengunjung dan meningkatkan kredibiliti laman web anda.
Langkah-langkah:
- Kenal Pasti Halaman Penting:
- Halaman yang perlu ada:
- Laman Utama (Home): Gambaran keseluruhan laman web anda.
- Tentang Kami (About): Maklumat mengenai syarikat atau diri anda.
- Perkhidmatan/Produk (Services/Products): Senarai perkhidmatan atau produk yang ditawarkan.
- Hubungi Kami (Contact): Maklumat untuk dihubungi termasuk borang hubungan, nombor telefon, atau alamat.
- Privacy Policy: Dasar Privasi ini menjelaskan bagaimana sesebuah laman web melindungi dan mengurus maklumat peribadi yang anda kongsikan.
- Halaman yang perlu ada:
- Menulis Kandungan:
- Gunakan bahasa yang mudah difahami dan mesra pengguna.
- Fokus pada nilai yang anda tawarkan kepada pengunjung.
- Elakkan kandungan yang berulang-ulang atau terlalu panjang tanpa isi penting.
- Optimasi Kandungan untuk Enjin Carian (SEO):
- Gunakan kata kunci yang relevan secara semulajadi.
- Tulis tajuk yang menarik dan meta deskripsi untuk setiap halaman.
- Pastikan setiap imej mempunyai teks alt yang berkaitan.
Kesimpulan
Dengan fokus kepada tiga elemen ini – Domain & Hosting, Reka Bentuk UX, dan Kandungan Berkualiti – anda sudah berada di landasan yang betul untuk membina laman web yang profesional dan berkesan. Fokus kepada tiga perkara asas ini untuk memulakan Laman Web anda
Untuk Panduan Lengkap, baca “Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membina Laman Web Anda“.