Soalan seterusnya, Webhosting Mana Nak Guna? Ada banyak perkhidmatan webhosting yang anda boleh pilih. Samada didalam Malaysia ataupun diluar dari Malaysia.
Dulu … GoDaddy memang pilihan ramai. Ramai rakan-rakan saya yang mempunyai website sendiri memilih GoDaddy. Tetapi tidak bagi saya.
Saya lebih suka memilih perkhidmatan Webhosting dari Malaysia!
Kenapa Pilih Webhosting Dari Malaysia?
Ada beberapa faktor utama kenapa saya lebih suka mengunakan Webhosting dari Malaysia.
- Pembelian perkhidmatan webhosting ini mengunakan Ringgit Malaysia, mudah untuk membayar mengunakan FPX sahaja.
- Perkhidmatan sokongan (support) dari Webhosting Malaysia lebih mudah, terutama sekali sebab mereka faham dan boleh mengunakan Bahasa Malaysia. Nak sembang pun mudah!
- Target market saya memang tertumpu kata orang-orang Malaysia. Paling jauh mungkin negara-negara jiran yang berdekatan sahaja. Memang relevan lah saya memilih Webhosting dari Malaysia.
- Ini paling – kita support local business 🙂
So anda pulak macam mana?
Webhosting Dari Malaysia
Berikut adalah beberapa Webhosting dari Malaysia yang saya sendiri pernah atau masih mengunakan.
Masa saya mula-mula berkecimpung membuat Website saya sendiri, pada tahun 1999 hanya WebServer.com.my webhosting yang mampu milik berbanding webhosting yang lain. Pada masa itu, memang akan mahal untuk mendapatkan perkhidmatan Webhosting.
Kemudian lebih kurang tahun 2006 saya mencuba beberapa webhosting yang lain. Pada masa ini harga webhosting lebih murah berbanding dulu, mungkin sebab lebih ramai yang menawarkan perkhidmatan Webhosting dari Malaysia. Antara nya adalah Exabytes dan ServerFreak.
Saya sendiri memang berpuas hati dengan Exabytes. Satu perkhidmatan yang boleh dipercayai – Reliable! Tapi as technology grows, kita boleh cari yang lebih murah dan hampir reliable seperti Exabytes jugak.
Kini kebanyakan project website saya akan mengunakan Jimat Hosting sebab ianya lebih murah dan memberi lebih banyak kelebihan, antara nya adalah …
- Unlimited bandwith – sangat berguna apabila website anda mempunyai traffic yang tinggi
- Unlimited email account – tetapi selalunya untuk personal blog atau syarikat kecil kita tidak memerlukan email account yang banyak pun.
- SSL percuma – ini sangat penting. Dan selalunya kebanyak webhosting lain kena topup beli perkhidmatan SSL. (Ini boleh mencecah RM150 setahun)
Dengan Jimat Hosting, perbelanjaan Webhosting dan Domain Name hanya sekadar RM150 setahun. Ini adalah 50% lebih murah berbanding provider (pembekal perkhidmatan) lain seperti Exabytes dan Webserver.
Yang mana satu pilihan anda?
Kesimpulan: Webhosting Mana Nak Guna
Pilihan adalah ditangan anda! ini adalah pengalaman saya dan secara AM nya perkhidmatan webhosting yang saya sebutkan diatas memang reliable, boleh diharap dan dipercayai.
Anda memerlukan Webhosting untuk membuat website anda sendiri – baca Buat Website Dengan Mudah
Setakat ini, saya tidak ada isu-isu yang besar yang tidak dapat ditangani oleh mereka.
Pada saya – pilih lah mengikut kemampuan poket anda sendiri :).