Info-dari-PDRM

Scammer Mengenalkan Diri Sebagai Pegawai National Scam Response Centre (NSRC)

Baru – baru ni, member aku ada dapat panggilan scammer mengenalkan diri sebagai pegawai National Scam Response Centre (NSRC).

News from TheSTAR - Scammer Possing As NSRC Officer

Sebelum aku meneruskan cerita ni, tahu tak apa itu NSRC?

NSRC adalah National Scam Respond Centre. Dalam bahasa Malaysia disebut Pusat Respons Scam Kebangsaan. Ia ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada 14 Oktober 2022, untuk menyelaraskan tindak balas pantas terhadap kes-kes penipuan (scam) dalam talian.

NSRC adalah usaha sama antara

  • Pusat Pencengah Jenayah Kewangan Nasional (NFCC)
  • Polis Diraja Malaysia (PDRM)
  • Bank Negara Malaysia (BNM)
  • Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
  • Institusi kewangan dan telekomunikasi

Jika anda adalah magsa kepada penipuan kewangan (scam) dalam talian, pastikan anda terus menghubungi NSRC di talian 997. Talian ini dibuka dari 8 pagi sehingga 8 malam setiap hari termasuk hari cuti.

Setakat yang saya tahu, NSRC tidak mempunyai Laman Web, atau website rasmi. Ia berkonsgi maklumat di laman web /website Jabatan Perdana Menteri (JPM) – Mengenai NSRC (jpm.gov.my)

Ingat, NSRC tidak akan membuat panggilan keluar kepada sesiapa pun. Mereka hanya menerima panggilan dan aduan masuk!

Scammer-Mengenalkan-Diri-Sebagai-Pegawai-National-Scam-Response-Centre-NSRC-news-from-The-Star

QuickCheck: Are scammers posing as National Scam Response Centre officials to fool the public? | The Star

Teknik Penyamaran Sebagai Pegawai NSRC

Kata member aku, sebenarnya dia pun tak tahu apa itu NSRC sehinggalah scammer itu menerangkannya. Dia mula cuak bila scammer tu mengenalkan diri dia sebagai pengawai NSRC.

Ingat teknik scammer!!! – selalu akan membuat kita PANIK dan meminta kita buat sesuatu dengan URGENT!

Member aku kata, scammer ni bagitahu ada ramai orang melaporkan yang nombor telefon dia dah ambil duit dari hampir lebih 30 orang di kawasan kedah.

Bertambah panik member aku ni bila dengar tuduhan ni. dia jawab “memang tak pernah terpikir nak ambik duit orang ni”

Lepas tu, scammer tu kata “mungkin handphone awak sudah kena hack” dan terus bagi tips-tips untuk elak dari kena hack. (Tiba-tiba kluar pulak keperihatinan dari scammer).

Scammer tu tanya lagi ” Awak ada klik link mana-mana ke?

Member aku jawab ” Tak pernah klik!”

Scammer “Saya rasa awak mungkin dah klik link scammer ni, selalu ada di SMS, Telegram dan Whatsapp”

Cucuk Jarum

Kat sini lah member aku rasa macam tak logic apabila scammer kata “awak kena pergi balai polis kedah, tempat ramai orang yang dah buat laporan tentang awak untuk awak buat report polis hari ini jugak!”

Nampak tak urgency tu!

Member aku kata “memang tak sempat lah, saya kat KL ni”

Scammer “Kalau macam tu, awak tunggu, nanti ada orang call untuk mintak detail awak. Pastikan awak jawab phone call” Kata scammer tu lagi “kena selesai segera, kalau tidak akaun bank awak akan dibekukan”

Nampak tak, ada urgency lagi!

Alhamdulillah member aku diberikan ilham untuk call balik NSRC untuk periksa kesahihan!

Terus dia Google dulu dan jumpa lah news article dari The STAR …

Dia jugak call balik NSRC untuk confirmkan. Untuk pengetahuan semua NSRC tidak akan buat panggilan keluar. Hanya menerima panggilan dan aduan sahaja!

Kesimpulan: Scammer Mengenalkan Diri Sebagai Pegawai National Scam Response Centre (NSRC)

Jangan panik!

Ada tahu apa yang anda buat. Kalau tuduhan itu tidak berasas berfikir lah dengan baik! Tenangkan hati dan diri.

Ingat teknik scammer!!! – selalu akan membuat kita panik dan meminta kita buat sesuatu dengan urgent!

Semoga bermanfaat, semoga dipermudahkan segala urusan kita semua, Aminnn. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top